Nurul Umairah

Nurul Umairah

Thursday, January 29, 2009

My-Canon 17/1/09 vs 29/1/09

Canon 7.1 megapiXcle..
Happy sangat time dapat camera baru, walaupun tak secanggih mana and tak semahal mana, tapi ia tetap menjadi "kesayangan"buah hati"jantung hati" kite. :) asalkan ada, kata orang kan. sekurang-kurangnya dapat juga kite "menggoreng"(x tau la apa ayat sesuai hehe) hobi kita :) hobi apa ek?
hmm kalau dah namanya "camera" mestilah yang berkaitan dengan snap photo kan.. :) kadang-kadang gambar2 tu memberi ilham.
..cm sy la..hehe


Tapi sayangnya, buah hati ku ini..telah pergi. pic yang ada tinggal kenangan... uhuuuu.....tak pa la, cari buah hati baru... :)

Wednesday, January 28, 2009

Nice Friend :)

~~Kau,Kawan, Teman & Sahabat~~

a beautiful life is when you have a friend who can understand you..make you smile..even it's just a simple joke..a beautiful life is when you can reach people's hearts and embrace them with love =) a beautiful life is when you can make everybody around you smile..
Kkk Sssss: that is a beautiful life

~~knowing him is part of my beautiful life:)~~

Tuesday, January 27, 2009

selamat menghadapi, dan menjalani kehidupan 2009



Selamat menghadapi tahun baru 2009...
orang kata dah terlambat wish tahun baru..but bagi saya, memang dah terlambat pun.hehe
Bercerita tentang tahun baru, mesti ramai yang meraikannya dengan aktiviti-aktiviti yang menarik, tidak kiralah sesama pasangan, keluarga mahupun meraikannya secara personal". Ada ke istilah personal ni?. .ada kot. :)

Hidup sesuatu yang unik.Perlukan Perhatian yang rapi. Perlukan Kesungguhan dalam setiap langkah. Perlukan keredhaan sesama insan, dan yang lebih terutama keredhaan pada Dia. Perlukan pergantungan pada Yang Maha Esa. Sebagai seorang Muslim, Hidup kita bermatlamatkan Akhirat. Walau dunia menjadi satu persinggahan sementara, dunia la tempat mengaut sebanyak amal ibadah untuk dibawa ke alam nan abadi. Semoga kita mengambil peringatan daripada segala hal. :)

Bagi saya setiap hari adalah baru..setiap hari ada perubahan, ada kelainan, perlu ada kesungguhan, ada tanggungjawab, ada matlamat dan banyak lagi. Tidak perlu menunggu hari esok untuk menyempurnakan hari ini hatta untuk mencapai azam baru. Jika semalam kita berduka, hari ini jangan, jika semalam kita terleka, hari ini beringat,jika semalam kita gembira, hari ini berwaspada..kita bukan sentiasa diatas, bukan sentiasa dibawah. Asasnya, masa usia kita jangan disia kan.kerana ia takkan kembali ,ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
(sama-sama kita beringat)

So, nak cerita azam tahun ni amacam..hehe. Opps!! Tapi azam tahun lepas camana? apa-apa azam yang tergendala semestinya diteruskan tahun ini. Mana boleh tinggalkan begitu saja. Mentang-mentang dah masuk Tahun Baru..ada hati plak tukar azam ek..? saya ada terbaca didalam sebuah buku motivasi, yang ditulis oleh Dr.Tuah HM.Iskandar(my favourate motivator). Dah tak ingat ayat dia camana cuma maksudnya camni, ramai orang bila dah masuk tahun baru, sibuk memikirkan tempat-tempat menarik untuk meraikan tahun baru, tak kurang juga ada yang masih memikirkan azam tahun baru. Tapi yang sedihnya, dia ni sibuk sangat pasang azam baru, walhal azam tahun sudah belum terlaksana. Jadi macamana nak jadi orang yang hebat? " emmm..apa macam?..hehe jadi, maknanya kita kalau ada azam yang masih belum kesampaian, belum terlakasana, belum pernah kita usahakan untuk mencapai azam tersebut, atau dengan bahasa mudah, tak pernah ingat pun azam yang tersebut, bila lagi bak bangun? bila lagi nak laksanakan azamn tersebut?Jom la kita pakat ramai-ramai, laksanakan azam kita.OPS!! azam yang baik-baik je tau :)

Apakata kita kongsi azam baru tahun ni? Azam nak jadi "Hamba Allah Yang Unggul" atau dengan maksud lain "JADI SINGA ALLAH". Kalau nak jadi singa Allah kena lah berani menyempurnakan tugasan kita terhadapNya. Ada beberapa tips jer..tak susah mana pun..InsyaAllah moga segala urusan dunia akhirat dipermudahkan oleh Allah. :)


BERANI MENJAGA SOLAT 5 WAKTU
BERANI BANGUN DIWAKTU SUBUH
BERANI BERLAPANG DADA
BERANI MEMAAFKAN KESILAPAN ORANG LAIN
BERANI MEMBUAT PERUBAHAN POSITIF
BERANI MENEGUR RAKAN-RAKAN LAIN (AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR)


Sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh lakukan untuk menjadi Hmaba yang Unggul. itu terserah pada diri masing2 bagaimana nak mencorakkakn kehidupan berdasarkan prioriti masing2. Yang penting kita masih berlandaskan pada syariat.. :) wallahua'lam.







Menerjah Awan



Tiada Jalan Yang Mudah
Tuju Cita-Cita
Selama Kaki Melangkah
Dugaan Mendatang

Untuk Miliki Sesuatu Yang Berharga
Harus Berani Yakin Dan Tabah
Menghadapi segala

Andainya Beburung Terbang
Kerana Sayapnya
Aku Terbang Menerjah Awan
Demi Hasrat Membara

Gunung Dan Ganang
Lautan Yang Terbentang
Hanya Sesayup Mata Memandang
Bukanlah Halangan

Hanya Yang Kupinta
Rantaian Doa
Agar Tiap Langkah
diiringi Restu semua
:)