Nurul Umairah

Nurul Umairah

Monday, March 30, 2009

Nasi Lemak + Teh Tarik

NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.



Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya…
Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita? Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Rahsia Solat

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT -
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Sunday, March 22, 2009

Seminar KebolehPasaran Pelajar

hari ni pg seminar kebolehpasaran pelajar..best sangat dengar cemarah..Terutamanya yang ada kaitan dengan motivasi..rasa mcm budak skolah menengah la plak bila di motivasi ni..hehe..ok le..kita nak kongsi sikit ilmu yang kita dapat dari seminart tu..harap sama2 boleh praktik and amalkan... :) gud luck!!


Interpersonal Skill


how??

1. SMILE > be friendly
> be positive
> be cheerful
> be up beat

2. Appreciate Others
> find the positive in people
> use word of encouragement
> praise others
> make people feel welcome not a bother
> say thank you " when people feel appreciate, they give you their best!"
" when someone say something nice...say thank you"

3. Pay Attention
> observe other
> celebrate their joys
> sympathies with their difficulties
> remember their name
> ask their opinion

4. Listen
> don't just hear - listen
> understand meaning not just words
> observe not verbal language
> paraphrase

5. Be a team

6. Mediate
> be the go between
> resolve conflicts
> encourage other to sort out different
> take on a leadership role

7. Communicate
> " it's not what you say, it's HOW you say it.."

8. Laugh
> " laugh at your self first before anyone else can "....elsa maxwell

> don't be afraid to be funny. use ur sense of humor"

9. Practice empathy
> is putting your self in others shoes
> seeing the issue from their perspective
* how? --listen actively_*

10. Stop complaining
> we all have issues and conserns *no one free!!
> vent to your friends and family
" theres is nothing worse than a chronic complainer. spare those arround you
or else you'll get a bad reputation...."

11. Thank You??
" they may forget what you said , but they will never forget how you made
them feel "......

*mdm kaur*

Monday, March 09, 2009

Syukur

syukuralhamdulillah...

Sunday, March 08, 2009

Friday, March 06, 2009

Mac 2009

~ Tesis Kena siap

~ Beli Camera hihi

~ Selesaikan Lesen Kereta

~ Prepare For Final Exam

~ Dinner Kolej n PERMIS UKM

~ Link dengan UMS - OPKIM PERKIM'09

~ Beli Tikte Flight Mama n Abah hihi.. :)

Wednesday, March 04, 2009

Segenggam Tabah

bertali arus
dugaan tiba
menakung sebak airmata
namun tak pernah pun setitis
gugur berderai dipipi..

tidak ditempah hidup sengsara
suratan nasib yang melanda
menongkah badai bergelora
diredah bersendirian

bagaikan camar pulang senja
patah sayapnya
tetap terbang jua
sekadar secicp rezeki
buat yang sedang
rindu menanti
segenggam tabah dipertahankan
buat bekalan diperjalananan
kau ubat luka yang berdarah
kau balut hati yang calar

telah tertulis
suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmah nya
terlukis senyum dibibir lesu
tak siapa tahu
hatimu..

biarpun keruh air dihulu
mungkinkah jernih dimuara
biarpun jenuh hidup dipalu
pasti bertemu ketenangan.....

Ku Tanya hati...Lafaz Yang Tersimpan...

KuTanya Hati...
KuTepuk Dada Sendiri..
Manakah Hala PerjalananKu ini?

Terasa Sangsi Masih KuBelum Mengerti
Adakah aku Di Laluan Yang Pasti..
BertanyaKu Pada Bayu Yang Menumpang Jalan..
Apakah Berita Yang Suci Dari Sempadan?
Berikan Petunjuk Hidayah Dan Pesanan..
Bawakan DoaKu Terus ke Takhta Pangkuan

Berbalas Pandangan Mataku
Dengan sang Bulan..
Bagaikan Bicara..
Mengharapkan Pengertian
Moga Disusun Bintang Yang Berselerakan
Menjadi Landasan Laluan
Perjalanan

KuTanya Hati..
Apakah Bisa Aku Dikhianati
Dengan Kata Hati Yang Tak Pasti..
Ataukah Aku Yang Tak Mengerti
Betapa Berharganya hati Yang Suci..

Subhanallah......
Indahnya Hati Pemberian Allah
Akan KuJaga Biarpun Payah
Akan KuHias Dengan Sifat Mahmudah
Akan KuSingkir Sifat Mazmumah.



~ubat hati~

Tuesday, March 03, 2009

JADUAL FINAL EXAM 2009 SEMESTER 2 TAHUN 3 UKM

JABATAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH/ FAKULTI PENGAJIAN ISLAM/ MODUL TAFSIR

Sikap Orientalis Terhadap al-Quran & al-Sunnah > 23 April 2009
Tafsir 3 > 27 April 2099
Tafsir Bandingan > 29 April 2009
Kajian Tafsir Nusantara > 04 Mei 2009
Tafsir 2 > 07 Mei 2009


Good Luck tuk semua .. :)

Muhasabah..

baca tafsir jalalain surah al-hujurat

Lesen Memandu..



28 February 2009 - daftar kelas memandu kat Megah wangsa Brooga Kajang. Ni hari pertama datang Kelas..ceramah 5 Jam..kite nak buat Lesen kereta saja,takut naik moto..hihi..lagi satu dapat murah..lesen kereta sahaja dalam lebih kurang RM680.kira murah la kan? berbanding butt lesen dekat sabah, RM 1400 untuk lesen kereta sahaja. so, sementara study kat semenanjung ni, ambil la peluang buat lesen. Nanti tak payah pening-pening buat lesen kat sabah esok-esok. hehe..actually, kite dah lama bawa kereta,cuma beluma ada lesen je. member-member selalu usik, "pemandu haram" huhu..so, pasni..boleh la bawa keta sesuka hati..yeahh..hehe..lagi satu..nak fight dengan adik laki kite, dia pun tengah amik lesen keta juga..tengok sapa habis dulu..n paling penting sapa lulus dengan cemerlang hehe.. By the way..Thanks Abah, coz sponsor Amik Lesen.. luv u.. =)

-sebelum dapat lesen L/P kena la ikut prosedur ni :

Lesen L

1. KPP - 5 Jam
2. Ujian Komputer - 45 Minit
3. Amali B - 6 Jam
4. Amali D - 6 Jam
5. *praktikal* Then Test sama ada lulus atau tak, barulah dapat lesen L

Lesen P

1. Belajar - 8 Jam
2. Ujian (QTI)
3. Pra Ujian (QTI)
4. Test JPJ
5. Lesen P =)

February Yang Telah Berlalu....

1. Hari Kleuarga di Cameron Highlands - sweet Memories =)
2. cinta Hamba Allah =)
3. Tesis yang dah separuh nak siap
4. Seminar Takhrij Hadith - Masjid wilayah Kuala Lumpur
5. Dapat assignment - yang berlambak-lambak..
6. sweet 23 years!! - 16 Februari 2009 - memikirkan kehidupan yang lebih sempurna, diredhai, diberkati, dikasihi insan-insan yang tersayang.. - thanks to all of u!! luv u all so much!!

Monday, March 02, 2009

discussion tafsir bandingan tak abis2 lagi huhu

harap semuanya berjalan dengan lancar..uhu

member group of tafsir bandingan - sufia, umairah, kausar, nazimi, nazirah

letih coz tiap2 2 hari terpaksa buat discussion..masing-masing bawa komitmen masing-masing..

Rabu ni - 4 mac 2009 kena present kat kuliah..jumpalah markah 30 markah.

Dah buat sungguh-sungguh..so, harap2 semuanya berjalan dengan lancar time present nanti. amin. n paling penting..markah tak kurang walau satu pun.!! ..hihi.. =)

chayo2 utk semua group yang akan membentang!!

=)