Nurul Umairah

Nurul Umairah

Tuesday, April 14, 2009

Hari ini dan Semalam



hari ini sudah tentu berbeza dengan hari semalam..semalam mungkin kecewa..mungkin sedih..mungkin juga gembira..tapi hari ini sebaliknya..mungkin gembira..mungkin sedih..mungkin mengecewakan..befitu lah lumrah kehidupan...tidak selamanya langit cerah...tapi hari ini belum terlewat untuk kita perbaiki apa yang kurang kerana jam belum berputar ke angka 12 yang menandakan jam belum melakukan putaran 24 jam untuk menggenapkan hari ini untuk menjadi "sehari" ..hehe!!

hari-hari terakhir di bumi ukm-kuliah terakhir tafsir nusantara di kelas 3f 501 FSSK dengan Professor Madya Dr. Ismail Yusoff. kuliah seperti biasa, tidak sarat dengan fakta-fakta yang kekadang membuatkan student terpaksa mengerah otak memahami setiap bait perkataan pensyarah yang juga kekadang memuatkan bahasa yang agak tinggi..standard untuk yang bergelar mahasiswa..kelihatannya terdapat segelintir pelajar yang tidak menghadirkan diri pada kuliah terakhir Prof Ismail..title Kuliah terakhir mungkin tidak memberi sedikit kesan kepada mereka..ah..mungkin saja mereka mempunyai agenda tersendiri diakhir-akhir semester ini..tidak dapat membuat sebarang kepastian..diriku sendiri agak lewat memasuki kelas pagi ini..-sedikit rasa kesal dan bersalah-

leka mencatat nota-terlintas difikiran..adakah ini merupakan kuliah terakhirku di bumi UKM? sedih menhambat perasaan..sebagai pelajar dirantauan, perasaan sedih meninggalkan sahabat-sahabat di bumi semenanjung amat terasa..